Aku Seorang Yang kuat Pendam

Assalamualaikum


Ada orang yang rapat dengan aku mesti tahu aku ni macam mana aku ni mudah terasa sikit bila orang ckp dan perbuatan seseorang tu lagi dengan orang yang aku sayang bagi aku bila aku nampak dia dh berubah ke apa aku akan diam dan aku cuba untuk rasa kan yang dia tidak pernah berubah. Aku ni susah sikit , aku mmg klau sedih aku diam diam dan terus diam sbb aku tahu Allah memahami aku. Tapi bila betul hati aku rasa sakit sangat baru aku luahkan dkt orang yang aku boleh percaya. Hmm dan jujurlah aku ckp aku memag kuat menangis lagi aku terasa ke ataupon orang buat apa2 kat aku ke hmm hntah lah.

Selain pendam aku kuat merajuk, kuat nangis, mcm2 lah patutlah orang ckp aku ni macam budak2 , tak matang langsung! Hmm hntah lah aku dh mcm ni nak buat mcm mna dan aku tak mintak untuk jadi mcm ni. Aku ni hyper sikit contohnye masa pergi Ikea kat KL tu haa aku senanya tak tahu pon Kidzania tu dkt dgn ikea bila nak jalan balik baru nampak haa sedih gile 

Okey aku rasa mcm dh lain cerita dah hahaa , hmm bnyak lagi kot bnda2 yang aku pendam , bagi aku rahsia sangat bnda tu hmm tu saje kot dan aku rasa tak perlu di panjang kan cerita lagi haha okey  blalala 









Hiduplah Apa Yang Ada Di Tangan

 Assalamualaikum! 

Aku tahu aku hnya insan yang bnyak sgt buat kesilapan dan tak akan dpt lari dari kesilapan. Aku tahu aku mmg tak sempurna di mata manusia tapi aku cuba sempurna dia mata Allah. Aku tahu klau aku cuba sempurna di mata manusia nnti bnyak lah lagi kutuk2 dan maki-makian hmm bagi aku baik aku cuba sempurna dia mata Allah , sbb aku tahu aku belum sempurna lagi di mata Allah. Kau amik puta belit aku ckp hahaha tapi mcm tu lah maksud aku haa faham kan? Klau tak fhm cuba baca btul2 haha haa okey blala . Hmm aku senanya tak tahu lah mcm mna lagi nak buat baik dkt orang, nak jaga hati org hmm jujur lah aku ckp aku penat tau sbb hati aku pon aku tak jaga semata-mata nak jaga hati orang. Banyak orang yang aku jumpa , orang yg suka mengutuk lain, slalu jaga tepi kain orang, orang yang baik haa mcm2 lah oh lupa yang jeles lain hahaha haa mcm2 tau. Hmm biasa lah kan lumrah hidup nak buat mcm mna. 

Tapi aku cuba untuk menjadi seorang yang berhati kuat dan tabah haha ceh poyo je ayat haha. Ada satu buku aku baca yang tertulis "kita sama-sama menumpang di bumi Allah ini, banyak yang perlu kita fahami. Ujian dan keperitan, rasa benci dan sakit hati, semua itu lumrah yang sangat berguna untuk menjadikan kita insan yang kuat!" Yeayy bebeh bila aku baca dan aku fikir2 kan balik betul jugak apa yang buku tu tulis sbb apa setia orang yang tidak menghargai kite, yang selalu buat kite rasa sedih, mengutuk, memaki, fitnah dan lain2. Hentah2 diorng pon sama je tapi tak mahu untuk bercakap atau sebaliknya. Bagi aku baik aku orang yang mengutuk aku tu semua, baik aku berdoa agar diorang capat berubah dan menjadi lebih baik InsyaAllah ✌✌



Bersabarlah atas apa juga ujian yang menimpa kita hari ini kerana dalam kesibukan kita melayan manusia lain dan kesedihan hati sendiri, masih terlalu banyak yang perlu kita syukuri .







                                                              Antara mimpi dan realiti ♤

Kau Peduli Apa ?

Assalamualaikum! 

Apabila aku ada masalah, sama ada aku memilih untuk meluahkannya atau memendam rasa. Untuk lebih selamat, ada yang memilih memendamnya je. Namun, rata2 berpendapag bahawa meluahkannya akan membuatkan tekanan perasaan berkurang dan hati menjadi lebih lega. Kata Allah, setiap manusia akan sentiasa diuji. Mcm enter aku sebelum ni aku pernah update kan ? Haa so hidup kite bnyak dan penuh dgn masalah. Satu masalah selesai, akan datang lagi satu masalah. Sentiasa ada sama ada yang sudah dijangka atau yang datang secara tiba2. Sampai bila aku bleh simpan dan pendam semua masalah tu? Hmm sampai mana aku boleh bertahan untuk terus memendam rasa? Mahu tunggu jiwa aku tertekan menahan kesedihan? Hmm klau luahkan perasaan mahu luahkan dkt siapa? Dkt kawan? Dkt jiran? Boleh ke aku percaya bahawa diorang tidak akan membuka mulut menghebahkannya? Kalaupun diorang memang boleh dipercayai, sampai bila aku mahu "menyusahkan hati perut" mereka dengan masalah aku? Manusia ada had dan batasan. Ada limitasi kesabaran. Sekali , dua kali mungkin diorng mendengar dengan penuh minat dan kesungguhan. Namun kalau samapai setiap hari? Aduhai takkn lah aku tidak perasaan yang wajahnya sudah mula memparminkan riak2 bosan? 

Lalu aku hanya berfikir lebih baik luahkan perasaan aku dkat Allah itu lebih baik. Tetapi tidak salah juga klau luahkan dkt kwn kan? Hmm lebih baik bertnya dulu kot , sbb takot2 dia menjemu mendengar luahkan hati perasaan ni. Apabila jiwa aku terasa nak mengadu, apabial mulut aku mula ringan mahu meluahkan sesuatu, Allah As-Somad! Cari Allah. Allah tidak akan jemu mendengar rintihan kita. Bahkan Allah seronok , Allah gembira, Allah mengalu- alukan nya. Dia tunggu rintihan hati kite. So bagi aku , aku just nak mengurangkan luahkan hati aku ni kepada kawn2 aku hmm tapi benda yg terlalu Secret aku takkn luahkan dkt sesiapa hmm sbb aku tahu dan yakin Allah sentiasa mendengar luahan hati aku walaupun aku tidak nampak nya 


Hati adalah suatu entiti istimewa yang boleh berubah , jika ia marah, marahnya boleh kebah, jika ia di sakiti, sakitnya boleh diubati, jika ia merajuk, rajuknya boleh dipujuk, Terpulang kepada kita untuk mengawalnya. 

Ya Allah yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah
Kami dalam mentaati-Nya 

Ya Allah yang mencampakkan segala jenis rasa dalam hati 
Hamba-Nya, berilah penawar hati bahagia bagi kami 
Yang berusaha untuk mendekati-Nya   




                     
                                                  SEMOGA ANDA DIRAHMATI ALLAH  :)

Kau Kena Yakin Allah Sentiasa Bersama Kau

 Assalamualaikum! 


Kita ni siapa? Mereka itu siapa kena tengok juga! Mereka lain. Mereka orang-orang yang hebat, kita?  .. huh maaf cakap lah , tapi aku rasa kau tidak boleh pergi ke mana juga dengan apa yang kau buat ini. Tapi kita sama je dengan dia ada hati dan perasaan, apa yang kau cakap diorang akan terasa begitu juga dgn mereka. Tapi ada suatu ketika kau diuji dengan rasa kecewa kerana suatu perkara yang sedang diusahakan tidak mendapat sokongan daropada keluarga dan rakan2. Tabahkanlah hati!

Maka, jika hati kau sakit, jika kau marah itu tandanya Allah yang mahu begitu. Cuba lah bertahan, sedar. Inilah yang dinamakan ujian. Allah mahu uji kesungguhan kau dalam membuat kebaikan. Allah mahu tengok sejauh mana kau yakin pada pembalasan. Jika kau yakin kau sedang berbuat baik, teruskan. Kebaikan tetap akan kembali sebagai imbalan. Jangan pedulikan kata2 negetif, jangan trrlalu sensetif. Jangan marah dia yang mengata kau. Jangan terlalu mudah berkecil hati dengan orang yang memperkecilkan usaha kau. Allah sebernanya yang mahu menguji kau. Allah mahu memberikan kau limpahan pahala yang berganda2 atas niat kebaikan kau, atas usaha kau melaksanakannya dan atas kesabaran menempuh halangan yang sengaja didatangkan oleh-Nya. Yakin jangan mudah berputus asa. 


Orang yang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih besar ganjarannya daripada orang Mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan meraka.


INGAT JANJI ALLAH 

Masalah kita tidak seberapa tidaklah besar,
Kalau di bandingkan dengan daya
Upaya kita yang sebenar. 

SABAR
IKHTIAR

Jangan terlalu memperkecilkan-kecilkan 
Kemampuan kita, ingat janji Allah 
Antara yakin dan pasrah ,
Antara tawakal dan redha 
Pujuk hati untuk  percaya ,
Kita akan berjaya  ♡












                                                           Salam sayang dari Nurul Hazira ♧