New Year

Assalamualaikum !

hai korng sihat? haa dh lama gile tak update lagi pn takde benda nak cite so skrg ada lah cite haa esok 1 | 1 | 2015 OMG aku dh masok 17 tahun haa tapi tak genap lah dan aku SPM ahhhh tu mmg pecah kepala lah kn , okey so apa Azam korng untuk tahun baru ni? cer shere sikit haa klau azam aku 1. YA ALLAH panjang kan lah umur ibu dan ayah ku 2. berlajar dgn lebih sungguh 3. hmm tak nak nangis2 lagi 4. klau nak bahagia je 5. kurangkn makan tapi aku tak bleh lah hmm tak thu lah knapa nnti kn asyik nak mkan je mkan ,makn dan makn 6. lupakan kesah2 lama yg pahit2 tu yg tawar2 mcm tkde gula tu haa lupakan yg bahagia je jgn haha kn sbb tujelah kenangan yg akan di kenang smpai bebila btol tak?? baik jawab btol haa so korng harap2 lah tahun baru nii lebih happy dan bahgia yeayyy. Haa nak tnya mesti Azam tahun 2014 korng belum buat kn btol tak,? klau btul yeay sama lah mcm aku smpai akhir tahun dh tak buat hahaa waduh2 hmm okey smpai situ je kot pasal Tahun Baru.



aaaa lupa2 lepas ni aku akan syng kan org , yg syng aku sahaja sepeeti ehem hahhaa okey kn hmm dan lebih bahagia Amin hmm okey bnde lain plk haa pasl bdk Classmate aku tahun ni yg sporting gegila haaa rindu hmm lepas ni mesti tak kecoh2 kn maklum lah nak SPM so mesti ramai Fokus blajar hmm takpe lah lepas habis SPM kite kecoh utk kali yg terakhir hahaha kn hmm dan ni lah antara gmbar2 time form 4 ...















     sikit je kan haa takpe tahun depan Habis je SPM Selfie bnyakkk bnyakkkkk hahahha okey haaaa ..




                         ˚ happy New Year ˚
                                  

Apa. Apa. Sahaja


Assalamualaikum !

Hai syng sekalian dh lamaaa nye kite tak update blog haa lagi pon takde cerita nk mengupdate haa korang sihat? Haa apa? Sihat? Oh Alhamdulillah aku? Alhamdillah sihat haa klau tak sihat memang tak mengupdate lag aden gamak nye. Senanya takde cerita pon just nak upload gmbar je lagi pon buat masa sekarang ni free haa konon macam hari biasa buzy je kan haahhaa okey so annoying. Aku senanya kan hmm hentah lah tak tahu nak cerita mcm mana hmm hentah lah hahahaaa ngek nye lahai aku ni hentah lah tak tahu senanya nak ckp macam mna eh chop2 ckp? Bukn menaip ke haa okey bla bla bla haa nampak tak aku dh mengong sekejap hmm haritu ada orang mintakkn aku buat TUTORIAL tau dan post kat Youtube haa what? Youtube? Hmm bukan apa hmm malu lah tapi just aku buat video and share kat whatsapp ke nk lah tapj smpai nak upload kat youtube tu hmm tak kot heehe sorry.

Tadi aku ada cakap kan apa yang aku update ni just nak upload je kan gambar tapk teringat pasal tu sebab tu cerita tu hahaha okey STOP! 










PRAY FOR GAZA ✌






OKEY NIGHT ASSALAMUALAIKUM 





                                                                            IERAA ♤

Aku Seorang Yang kuat Pendam

Assalamualaikum


Ada orang yang rapat dengan aku mesti tahu aku ni macam mana aku ni mudah terasa sikit bila orang ckp dan perbuatan seseorang tu lagi dengan orang yang aku sayang bagi aku bila aku nampak dia dh berubah ke apa aku akan diam dan aku cuba untuk rasa kan yang dia tidak pernah berubah. Aku ni susah sikit , aku mmg klau sedih aku diam diam dan terus diam sbb aku tahu Allah memahami aku. Tapi bila betul hati aku rasa sakit sangat baru aku luahkan dkt orang yang aku boleh percaya. Hmm dan jujurlah aku ckp aku memag kuat menangis lagi aku terasa ke ataupon orang buat apa2 kat aku ke hmm hntah lah.

Selain pendam aku kuat merajuk, kuat nangis, mcm2 lah patutlah orang ckp aku ni macam budak2 , tak matang langsung! Hmm hntah lah aku dh mcm ni nak buat mcm mna dan aku tak mintak untuk jadi mcm ni. Aku ni hyper sikit contohnye masa pergi Ikea kat KL tu haa aku senanya tak tahu pon Kidzania tu dkt dgn ikea bila nak jalan balik baru nampak haa sedih gile 

Okey aku rasa mcm dh lain cerita dah hahaa , hmm bnyak lagi kot bnda2 yang aku pendam , bagi aku rahsia sangat bnda tu hmm tu saje kot dan aku rasa tak perlu di panjang kan cerita lagi haha okey  blalala 









Hiduplah Apa Yang Ada Di Tangan

 Assalamualaikum! 

Aku tahu aku hnya insan yang bnyak sgt buat kesilapan dan tak akan dpt lari dari kesilapan. Aku tahu aku mmg tak sempurna di mata manusia tapi aku cuba sempurna dia mata Allah. Aku tahu klau aku cuba sempurna di mata manusia nnti bnyak lah lagi kutuk2 dan maki-makian hmm bagi aku baik aku cuba sempurna dia mata Allah , sbb aku tahu aku belum sempurna lagi di mata Allah. Kau amik puta belit aku ckp hahaha tapi mcm tu lah maksud aku haa faham kan? Klau tak fhm cuba baca btul2 haha haa okey blala . Hmm aku senanya tak tahu lah mcm mna lagi nak buat baik dkt orang, nak jaga hati org hmm jujur lah aku ckp aku penat tau sbb hati aku pon aku tak jaga semata-mata nak jaga hati orang. Banyak orang yang aku jumpa , orang yg suka mengutuk lain, slalu jaga tepi kain orang, orang yang baik haa mcm2 lah oh lupa yang jeles lain hahaha haa mcm2 tau. Hmm biasa lah kan lumrah hidup nak buat mcm mna. 

Tapi aku cuba untuk menjadi seorang yang berhati kuat dan tabah haha ceh poyo je ayat haha. Ada satu buku aku baca yang tertulis "kita sama-sama menumpang di bumi Allah ini, banyak yang perlu kita fahami. Ujian dan keperitan, rasa benci dan sakit hati, semua itu lumrah yang sangat berguna untuk menjadikan kita insan yang kuat!" Yeayy bebeh bila aku baca dan aku fikir2 kan balik betul jugak apa yang buku tu tulis sbb apa setia orang yang tidak menghargai kite, yang selalu buat kite rasa sedih, mengutuk, memaki, fitnah dan lain2. Hentah2 diorng pon sama je tapi tak mahu untuk bercakap atau sebaliknya. Bagi aku baik aku orang yang mengutuk aku tu semua, baik aku berdoa agar diorang capat berubah dan menjadi lebih baik InsyaAllah ✌✌



Bersabarlah atas apa juga ujian yang menimpa kita hari ini kerana dalam kesibukan kita melayan manusia lain dan kesedihan hati sendiri, masih terlalu banyak yang perlu kita syukuri .







                                                              Antara mimpi dan realiti ♤

Kau Peduli Apa ?

Assalamualaikum! 

Apabila aku ada masalah, sama ada aku memilih untuk meluahkannya atau memendam rasa. Untuk lebih selamat, ada yang memilih memendamnya je. Namun, rata2 berpendapag bahawa meluahkannya akan membuatkan tekanan perasaan berkurang dan hati menjadi lebih lega. Kata Allah, setiap manusia akan sentiasa diuji. Mcm enter aku sebelum ni aku pernah update kan ? Haa so hidup kite bnyak dan penuh dgn masalah. Satu masalah selesai, akan datang lagi satu masalah. Sentiasa ada sama ada yang sudah dijangka atau yang datang secara tiba2. Sampai bila aku bleh simpan dan pendam semua masalah tu? Hmm sampai mana aku boleh bertahan untuk terus memendam rasa? Mahu tunggu jiwa aku tertekan menahan kesedihan? Hmm klau luahkan perasaan mahu luahkan dkt siapa? Dkt kawan? Dkt jiran? Boleh ke aku percaya bahawa diorang tidak akan membuka mulut menghebahkannya? Kalaupun diorang memang boleh dipercayai, sampai bila aku mahu "menyusahkan hati perut" mereka dengan masalah aku? Manusia ada had dan batasan. Ada limitasi kesabaran. Sekali , dua kali mungkin diorng mendengar dengan penuh minat dan kesungguhan. Namun kalau samapai setiap hari? Aduhai takkn lah aku tidak perasaan yang wajahnya sudah mula memparminkan riak2 bosan? 

Lalu aku hanya berfikir lebih baik luahkan perasaan aku dkat Allah itu lebih baik. Tetapi tidak salah juga klau luahkan dkt kwn kan? Hmm lebih baik bertnya dulu kot , sbb takot2 dia menjemu mendengar luahkan hati perasaan ni. Apabila jiwa aku terasa nak mengadu, apabial mulut aku mula ringan mahu meluahkan sesuatu, Allah As-Somad! Cari Allah. Allah tidak akan jemu mendengar rintihan kita. Bahkan Allah seronok , Allah gembira, Allah mengalu- alukan nya. Dia tunggu rintihan hati kite. So bagi aku , aku just nak mengurangkan luahkan hati aku ni kepada kawn2 aku hmm tapi benda yg terlalu Secret aku takkn luahkan dkt sesiapa hmm sbb aku tahu dan yakin Allah sentiasa mendengar luahan hati aku walaupun aku tidak nampak nya 


Hati adalah suatu entiti istimewa yang boleh berubah , jika ia marah, marahnya boleh kebah, jika ia di sakiti, sakitnya boleh diubati, jika ia merajuk, rajuknya boleh dipujuk, Terpulang kepada kita untuk mengawalnya. 

Ya Allah yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah
Kami dalam mentaati-Nya 

Ya Allah yang mencampakkan segala jenis rasa dalam hati 
Hamba-Nya, berilah penawar hati bahagia bagi kami 
Yang berusaha untuk mendekati-Nya   




                     
                                                  SEMOGA ANDA DIRAHMATI ALLAH  :)

Kau Kena Yakin Allah Sentiasa Bersama Kau

 Assalamualaikum! 


Kita ni siapa? Mereka itu siapa kena tengok juga! Mereka lain. Mereka orang-orang yang hebat, kita?  .. huh maaf cakap lah , tapi aku rasa kau tidak boleh pergi ke mana juga dengan apa yang kau buat ini. Tapi kita sama je dengan dia ada hati dan perasaan, apa yang kau cakap diorang akan terasa begitu juga dgn mereka. Tapi ada suatu ketika kau diuji dengan rasa kecewa kerana suatu perkara yang sedang diusahakan tidak mendapat sokongan daropada keluarga dan rakan2. Tabahkanlah hati!

Maka, jika hati kau sakit, jika kau marah itu tandanya Allah yang mahu begitu. Cuba lah bertahan, sedar. Inilah yang dinamakan ujian. Allah mahu uji kesungguhan kau dalam membuat kebaikan. Allah mahu tengok sejauh mana kau yakin pada pembalasan. Jika kau yakin kau sedang berbuat baik, teruskan. Kebaikan tetap akan kembali sebagai imbalan. Jangan pedulikan kata2 negetif, jangan trrlalu sensetif. Jangan marah dia yang mengata kau. Jangan terlalu mudah berkecil hati dengan orang yang memperkecilkan usaha kau. Allah sebernanya yang mahu menguji kau. Allah mahu memberikan kau limpahan pahala yang berganda2 atas niat kebaikan kau, atas usaha kau melaksanakannya dan atas kesabaran menempuh halangan yang sengaja didatangkan oleh-Nya. Yakin jangan mudah berputus asa. 


Orang yang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih besar ganjarannya daripada orang Mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan meraka.


INGAT JANJI ALLAH 

Masalah kita tidak seberapa tidaklah besar,
Kalau di bandingkan dengan daya
Upaya kita yang sebenar. 

SABAR
IKHTIAR

Jangan terlalu memperkecilkan-kecilkan 
Kemampuan kita, ingat janji Allah 
Antara yakin dan pasrah ,
Antara tawakal dan redha 
Pujuk hati untuk  percaya ,
Kita akan berjaya  ♡












                                                           Salam sayang dari Nurul Hazira ♧










16 tahun

                                                Assalamulaikum! Hi




            Hai blogger terasa lama eden tak update blog haha , korang sihat? Klau sihat Alhamdulillah. Edin? yo eden sehat sajo Alhamdulillah haa chop chop chop hazira knapa kau ckp nogori ni? Haha balalala saje je haa okey senanya aku nak update tentang my birthday walaupun tak sambut tapi rasa bersyukur sbb bersekepatan untuk hidup hingga ke harini Alhamdulillah :). Sebernanya aku tak sangka umur aku dh 16 tahun YA ALLAH tak sangka sangat hmm dulu skit ddk hospital time tu kecik baru lepas lahir gitu lah, mula2 sakit apa pn tak tahu ibu tgk aku makin lama makin kecik bkn makin membersar hmm ibu cerita badan aku ni penuh dgn wayar, taknak mkn dan lebih sebulan kot aku ddk ward ibu dgn ayah berulang alik tgk aku terutama nye ayah lah, lepastu tak lama tu ada lah seorang doktar yg bernama hamba ALLAH ni masuk kn aku garam lepastu barulah aku selera nak makn dan makin membesar hmm Alhamdulillah klau lah aku dpat jumpa doktor tu mmg aku nak ucap terima kasih banyak2 kerana dia lah aku hidup sampai skrg. Ibu ckp time ibu tgk aku berwayar ni ibu redha je klau aku nak pergi hmm sebak bila aku ckp mcm tu serius.



          Selain tu, aku ni lembab sikit klau nak belajar maybe sbb dulu aku skit kot , bila org ajar aku tak boleh marah2 klau makin marah makin aku tak faham dan confirm nangis. Daripada dulu kot makin marah makin aku diam terus tak bleh ingat apa yg aku belajar tdi. Hmm nak buat mcm mna nasib bdan. Sebab tu aku lebih suka belajar sensorng maybe dgn cara itu lebih mudah aku fhm. Hmm dan aku ni jenis org suka bertanya lagi2 subjek sejarah  aku suka tnya bnda pelik sampai kn cikgu pn tak tahu nak ckp sbb cikgu pn takde jawapan utk soalan aku hahaha, dan aku ni lebih suka pendam masalah aku, dan aku akn tulis apa yg terjadi kat diri aku. Selain tu aku ni kuat mengadu klau kat skolah org rampas pen aku pn aku akn ckp dgn cikgu haa hntah lah knapa hntah hmm dan ramai ckp aku ni mcm bdk2, dan pendek plk tu hmm ye aku sedar semua tu nak buat mcm mna dh pendek bknnye aku mintak semua bnda ni "Everyone Is Not Perfect Like Me" ye saya sedar semua bnda ini. Jgn sesekali menilai diri org lain ye haha










                                     
                                                                bye ASSALAMUALAIKUM ;)

Aku Pon Tak Faham

                                                                          Wanted: True friends NOT fake friends. 




Kau pernah terfikir tak kenapa kat dunia ni kita memerlukan seseorang untuk jadi teman, tempat kita mengadu masalah & untuk buat kita gembira? Semua perlukan teman. Kita takut duduk sorang, takut jalan sorang, takut ditinggalkan sendirian. Kenapa? Memang lumrah hidup kita memang perlukan teman. Teman macam mana pulak? Kawan dengan kau harini, esok gaduh sebab hal kecil? Depan kau baik, belakang sesi kutuk mengutuk pun bermula? Harini kau kawan dengan dia, esok kau rapat dengan dia, lusa kau couple dengan dia, lepastu kau putus & back to stranger? Mana teman yang sebenar? Mana mana?! Kau mungkin mengaku kau lah kawan dia yang terbaik, yang tak pernah buat salah dan setia. Tapi pernah ke kau tutup mulut kau bila orang lain mula mengutuk teman kau? Pernah ke kau sokong teman kau dari belakang? Pernah ke kau ikhlas berkawan dengan dia atau kau hanya mengambil kesempatan yang ada pada dia? Beritahu lah aku, beritahu lah semua, beritahu lah dunia betapa setianya kau. 

Kalaulah tiada.. kalaulah tiada seorang pun yang setia pada teman, hidup ni lebih bermakna jika bertemankan patung yang memang langsung tidak boleh bercakap tetapi sentiasa mendengar apa yang kau perkatakan, apa yang kau adukan.

Kadang-kadang aku tak sangka, tak sedar, & tak percaya yang aku ni mempunyai teman. Ramai pulak tu. Tapi yang mana satu yang betul-betul setia, terima, memahami, dan bukan yang bertalamkan dua muka? "Weh, cerita lah dekat aku. Aku janji tak beritahu orang. Aku janji ni rahsia aku dengan kau je." Mungkin semalam kau berjanji, tetapi esok lusa kau buka rahsia dan kau menambahnya lagi dengan ayat-ayat yang menyedapkan cerita itu. Teman apa macam ni? Tetapi ada juga yang betul-betul pegang rahsia itu. Baguslah, tahniah. 

Tapi aku nak ucapkan.. 



Tahniah jika kau masih menyimpan rahsianya.
- Tahniah jika kau tak pernah mengutuknya di belakang.
Tahniah jika kau pekakkan telinga jika ada yang bercakap buruk tentangnya.
- Tahniah jika kau masih ingin dan setia menjadi temannya walau apa pun yang berlaku.
Tahniah jika kau sentiasa ada di saat teman mu terluka dan tersisir.
Tahniah jika kau menegur salahnya dengan jujur dan ikhlas dan bukan membetulkan apa yang salah.

Terima kasih kerana menjadi sahabat Nurul Hazira  tapi percayalah.. kegembiraan kebahagiaan dan kepercayaan kita tak akan berkekalan dengan lama. Terima kasih. 
*Awan sentiasa memahami ku. Dia la sahabat yg terbaik. Ketika ku sedih, dia menurunkan hujan dan begitulah sebaliknya tetapi Allah lah yang paling terbaik. Terima kasih Ya Rabb. *




Aku Tahu Aku Kuat




#1 Saya rasa apa yang saya buat dekat blog ni, semuanya hak saya. Sebab blog ni, blog saya. Dan tiada kene mengena dengan siapa-siapa. Saya tak pernah kutuk orang dalam ni, tak pernah cakap apa apa yang keji dalam ni. Apa yang saya tulis dekat blog ni, semuanya tentang life saya. Blog tiada peraturan. Apa yang kita fikir, apa yang terlintas, itu lah yang kita taip. Cuba terima dengan hati terbuka. Kalau ada niat nak jatuhkan saya, cuba dengan hal lain. Jangan kait dengan hal peribadi saya.









#2 Setiap hari aku bangun, aku buat perkara yang sama. Makan, mandi, tidur. Bila masa aku belajar? Ada ke aku sentuh buku? Ada ke aku pandang buku? Kalau aku jawab ada, takde orang percaya. Aku pilih waktu yang sunyi, tenang, diam. Aku tenang. Harapan aku, semua boleh masuk. Harapan. Harapan yang sia-sia. Dan aku cuma berharap suatu saat nanti aku akan tersedar dari terus dibuai mimpi yang sangat mengasyikkan. Ingin menjerit tapi tak mahu semua dengar, hanya mampu teriak dalam hati.



                                                                                                                                                                                              sekian :)

Hate But I Love







K first, i missed my math class lastweek. Today, aku langsung tak faham ape yang kene buat. Masuk bab baru, and aku tak dtg. Bagus kan? Bukan saje-saje. I asked my teacher, 'teacher boleh tak ajar saya balik? saya tak datang lastweek' and teacher pun jawab 'awk dtg tak dtg that's not my problem. awk belajar dgn kawan awk dulu, then baru jumpa saya' and i was like, ok teacher :'> so aku pun belajar sorang-sorang. Memang seronok, masing-masing buat keje dorang. Geng sebelah aku borak-borak. Aku malas nak join, jujurr lah kan. Aku menangis kot dalam kelas tadi, sebak tibe-tibe. Sebab teacher taknak ajar aku. Tapi takde org perasan, dorang pun khusyuk dengan keje dorang. Then, aku bukak lah buku teks aku bace....jadah tak kene langsung dengan ape cikgu ajar. Bukak buku latihan teacher bagi, aku tengok jawapan belakangg 'oh mcm ni...' ugh mcm ni ape, mcm tu. Blabla, so aku mmg tak cakap dgn org sejam tu. Aku malas ah, sebak doe sebak! rase frust gila tak faham bab baru ni. Mende mende je lah kan. Finally, teacher tunjuk kat depan. And yeah, aku dah faham. Atas usaha sendiri, tu lah bab kate org. 'usaha tangga kejayaan' #blah.









                         
                              "It’s tough when someone you care about starts to ignore you and you have to pretend you don’t mind."