Assalamualaikum!
Kita ni siapa? Mereka itu siapa kena tengok juga! Mereka lain. Mereka orang-orang yang hebat, kita? .. huh maaf cakap lah , tapi aku rasa kau tidak boleh pergi ke mana juga dengan apa yang kau buat ini. Tapi kita sama je dengan dia ada hati dan perasaan, apa yang kau cakap diorang akan terasa begitu juga dgn mereka. Tapi ada suatu ketika kau diuji dengan rasa kecewa kerana suatu perkara yang sedang diusahakan tidak mendapat sokongan daropada keluarga dan rakan2. Tabahkanlah hati!
Maka, jika hati kau sakit, jika kau marah itu tandanya Allah yang mahu begitu. Cuba lah bertahan, sedar. Inilah yang dinamakan ujian. Allah mahu uji kesungguhan kau dalam membuat kebaikan. Allah mahu tengok sejauh mana kau yakin pada pembalasan. Jika kau yakin kau sedang berbuat baik, teruskan. Kebaikan tetap akan kembali sebagai imbalan. Jangan pedulikan kata2 negetif, jangan trrlalu sensetif. Jangan marah dia yang mengata kau. Jangan terlalu mudah berkecil hati dengan orang yang memperkecilkan usaha kau. Allah sebernanya yang mahu menguji kau. Allah mahu memberikan kau limpahan pahala yang berganda2 atas niat kebaikan kau, atas usaha kau melaksanakannya dan atas kesabaran menempuh halangan yang sengaja didatangkan oleh-Nya. Yakin jangan mudah berputus asa.
Orang yang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih besar ganjarannya daripada orang Mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan meraka.
INGAT JANJI ALLAH
Salam sayang dari Nurul Hazira ♧
No comments:
Post a Comment