Aku Pon Tak Faham

                                                                          Wanted: True friends NOT fake friends. 




Kau pernah terfikir tak kenapa kat dunia ni kita memerlukan seseorang untuk jadi teman, tempat kita mengadu masalah & untuk buat kita gembira? Semua perlukan teman. Kita takut duduk sorang, takut jalan sorang, takut ditinggalkan sendirian. Kenapa? Memang lumrah hidup kita memang perlukan teman. Teman macam mana pulak? Kawan dengan kau harini, esok gaduh sebab hal kecil? Depan kau baik, belakang sesi kutuk mengutuk pun bermula? Harini kau kawan dengan dia, esok kau rapat dengan dia, lusa kau couple dengan dia, lepastu kau putus & back to stranger? Mana teman yang sebenar? Mana mana?! Kau mungkin mengaku kau lah kawan dia yang terbaik, yang tak pernah buat salah dan setia. Tapi pernah ke kau tutup mulut kau bila orang lain mula mengutuk teman kau? Pernah ke kau sokong teman kau dari belakang? Pernah ke kau ikhlas berkawan dengan dia atau kau hanya mengambil kesempatan yang ada pada dia? Beritahu lah aku, beritahu lah semua, beritahu lah dunia betapa setianya kau. 

Kalaulah tiada.. kalaulah tiada seorang pun yang setia pada teman, hidup ni lebih bermakna jika bertemankan patung yang memang langsung tidak boleh bercakap tetapi sentiasa mendengar apa yang kau perkatakan, apa yang kau adukan.

Kadang-kadang aku tak sangka, tak sedar, & tak percaya yang aku ni mempunyai teman. Ramai pulak tu. Tapi yang mana satu yang betul-betul setia, terima, memahami, dan bukan yang bertalamkan dua muka? "Weh, cerita lah dekat aku. Aku janji tak beritahu orang. Aku janji ni rahsia aku dengan kau je." Mungkin semalam kau berjanji, tetapi esok lusa kau buka rahsia dan kau menambahnya lagi dengan ayat-ayat yang menyedapkan cerita itu. Teman apa macam ni? Tetapi ada juga yang betul-betul pegang rahsia itu. Baguslah, tahniah. 

Tapi aku nak ucapkan.. 



Tahniah jika kau masih menyimpan rahsianya.
- Tahniah jika kau tak pernah mengutuknya di belakang.
Tahniah jika kau pekakkan telinga jika ada yang bercakap buruk tentangnya.
- Tahniah jika kau masih ingin dan setia menjadi temannya walau apa pun yang berlaku.
Tahniah jika kau sentiasa ada di saat teman mu terluka dan tersisir.
Tahniah jika kau menegur salahnya dengan jujur dan ikhlas dan bukan membetulkan apa yang salah.

Terima kasih kerana menjadi sahabat Nurul Hazira  tapi percayalah.. kegembiraan kebahagiaan dan kepercayaan kita tak akan berkekalan dengan lama. Terima kasih. 
*Awan sentiasa memahami ku. Dia la sahabat yg terbaik. Ketika ku sedih, dia menurunkan hujan dan begitulah sebaliknya tetapi Allah lah yang paling terbaik. Terima kasih Ya Rabb. *




No comments:

Post a Comment